Monday 31 August 2015

MARI UBAH GAYA HIDUP ANDA DENGAN 9 TIPS BERKESAN INI ! ^^



1. Berkata ” Tidak” Kepada Tiga Perkara

Berikut adalah satu cabaran untuk anda.Pada minggu ini cuba berkata ”tidak” kepada tiga perkara yang mengurangkan masa, tenaga dan kebahagian anda.Satu cara paling mudah untuk mendapatkan lebih banyak masa, tenaga dan motivasi adalah dengan mengatakan ‘tidak’ kepada perkara yang memakan tiga perkara ini.
Dengan melakukan demikian, anda belajar untuk berkata ‘Tidak’ dan mula belajar untuk mengenal pasti perkara yang menjadi keutamaan kepada diri anda. Cuba dan jangan lupa kongsi pengalamannya dengan saya di sini. icon smile Oh! 9 Cara Pengurusan Masa Berkesan Untuk Lebih Produktif

 

2. Matikan ‘Notification’ Semua Isyarat 

Isyarat tentang e-mel, whatsapp, wechat, facebook, instagram dan telegram yang baru masuk tidak melibatkan kos dan masa yang banyak, tetapi ia mampu memberi kesan ‘Snowball’ jika diperhatikan.Bayangkan jika kita menghabiskan masa sekitar 15 minit sehari untuk perkara ini, cuba kirakan kos untuk sebulan dan setahun. Sudah tentu ianya akan menjadi sebuah kos dan memakan tenaga yang banyak.Bayangkan sebentar~Tiap-tiap satu notifikasi baru yang datang, anda akan menerimanya satu "notification". Pastinya perkara ini berlanjutan sehingga anda sendiri tidak sedar masa yang sepatutnya diperuntukkan kepada perkara yang lebih penting telah pon terpesong.Anda mungkin tidak melihatnya.Tetapi kebanyakkan masa, anda akan melihatnya kerana percaya ianya adalah sesuatu yang penting.Rupa-rupanya ianya hanyalah notifikasi tentang perkara yang tidak penting sahaja.Maka,anda pon kembali untuk meyambung semula kerja yang tergendala sebentar tadi.Anda cuba menyesuaikan semula diri anda dengan apa yang anda cuba tumpukan sebelum ini tetapi tumpuan dan fokus anda kini mengambil masa untuk kembali.Semua ini mencuri masa anda tanpa sedar sebenarnya.Perkara alternatif yang anda dapat buat adalah menentukan masa untuk melihat notifikasi anda.Berdasarkan cadangan beberapa pakar motivasi, semakin lambat anda melihat ‘karung’ notifikasi anda, semakin banyak masa dapat dimanfaatkan.Tambahan pula, waktu yang sesuai untuk melihat notifikasi ialah sekitar pukul 11-12 tengah hari yang mana ketika itu anda sudahpun berjaya menyelesaikan beberapa perkara penting pada awal pagi.

 

3. Punyai Senarai Tugasan Yang Perlu Diselesaikan

Anda perlu  mempunyai senarai tugasan yang perlu dibuat. Jika tidak anda akan menyebabkan diri anda memikirkan perkara yang perlu dibuat. Perkara ini meyebabkan banayak masa dibazirkan kepada apa yang perlu dibuat daripada terus membuatnya.
Dengan mempunyai senarai yang perlu dibuat, anda tidak perlu risau jika anda akan tertingal atau terlupa melakukan perkara yang penting.


4. Hukum 2 Minit

Hukum 2 minit ialah sesuatu yang menarik untuk dicuba.Ianya cadangan daripada David Allen tentang cara menentukan penyelesaian tugas.Caranya mudah sahaja~ Saat anda menyedari bahawa anda perlu melakukan sesuatu ( seperti membalas email yang baru sahaja masuk atau lain-lain), jika ianya akan mengambil masa kurang daripada dua minit , maka apa yang perlu dibuat ialah terus melakukannya tetapi jika ianya akan mengambil masa lebih daripada dua minit,jadualkan ia supaya ianya dapat dilengkapkan pada kemudian hari.

5. Buat Satu Senarai Tiga Hasil Yang Anda Mahu Untuk Hari Ini

“Tips 5″ adalah salah satu ritual produktiviti kegemaran saya. Kaedah dan tips pengurusan masa ini tidak terlalu menekan dan kuasanya terletak pada kesederhanaan . Apa yang perlu anda buat adalah tentukan tiga hasil yang anda ingin dapatkan pada hari ini.
Ianya hasil dan bukannya tindakan yang yang perlu anda buat. Tanya pada diri anda, perkara apakah yang anda ingin capai pada penghujung hari. Adakah tiga hasil ini akan mengembirakan anda? Jika ‘Ya’, catitkan dan mula melakukannnya.

 

6. Bekerja Pada Teknik Masa Pomodoro

Teknik Pomodoro adalah teknik pengurusan masa mudah yang memecahkan kepada beberapa blok masa utama. Dalam kes ini anda akan membahagikan masa anda kepada 25 minit pertama dan 5 minit yang kemudian.Selama 25 minit pertama, anda aka memaksa diri anda untuk mematikan semua gangguan yang mungkin berlaku dan hanya fokus pada perkara yang dibuat.Selepas blok ” Pomodoro ” yang pertama, anda akan diberikan masa untuk berehat selama lima minit. Kemudiannya ulang semula langkah ini untuk beberapa kali. Maksudnya, kini anda akan mempunyai beberapa blok masa Pomodora. Contohnya , jika anda mempunyai tugasan yang bisanya memerlukan 2 jam untuk diselesaikan. Melalui teknik Pomodora ini, anda akan melihat masa dari sudut Pomodora.Anda akan nampak tugasan ini akan melibatkan 4 blok masa utama.

Kenapa teknik PELIK ini efektif? Namapun pelik bukan? Siapalah yang mencipta teknik ini?
Terknik Pomodora ini dikatakan efektif kerana:
  • Ia memberikan masa rehat kepada diri anda. Membuatkan anda lebih cergas untuk blok masa yang seterusnya
  • Memberi kesan psikologi dalam pengurusan masa kepada diri anda. Ini kerana anda kini melihatnya dalam bentuk blok masa yang lebih kecil.Anda tidak melihat 120 minit atau 2 jam, tetapi kepada 4 blok masa sahaja. Apabila selesainya 1 blok masa, anda akan tahu bahawa anda semakin dekat dalam menyelesaikan tugasan anda.


7. Berehat

Ia mungkin bunyi bertentangan dan pelik, tetapi mengambil masa untuk lebih berehat adalah salah satu cara kegemaran ramai orang untuk menjadi lebih produktif.Berehat menghalang anda daripada menjadi penat dan letih.Ianya membolehkan anda mengambil selangkah ke belakang dari kerja anda.Dari situ anda  mampu untuk mencetuskan idea-idea yang lebih baik.


 

8. Catit Masa Anda Untuk Seminggu

Catit dan perhatikan masa yang digunakan oleh anda setiap 30 minit selama seminggu. Kemudiannya kenalpasti pola pengurusan masa anda dengan catatan tersebut. Analisis dan perbaiki lompong yang dapat diperbaiki.

 

9. Kenal pasti Apa yang Perlu Dibuat Seterusnya

Salah satu faktor UTAMA orang suka melengah-lengahkan  dalam melakukan sesuatu perkara adalah kerana tidak tahu tugasan seterusnya yang perlu dibuat oleh mereka. Ataupun tugasan yang diberikan terlalu samar-samar. Mereka tidak tahu, ‘What is Next?’. Perkara ini banyak mengambil masa anda.
Setiap tugasan besar yang anda ada, cuba bahagikan ia kepada beberapa tugasan kecil. Kemudiannya kenal pasti tindakan yang perlu dibuat untuk setiap blok masa tersebut. Tulis dengan jelas, tindakan, lokasi, masa perkara itu akan dilakukan. Dengan melakukan demikian, anda akan lebih jelas tentang skop tugasan anda.

.
.
.
.
Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan tips untuk menguruskan masa dengan berkesan, di sini disertakan beberapa video menarik yang berkisarkan tentang bagaimana mahu mengurus masa~ :)




.
.
.
.

.
.
.
.




8 TIPS ASAS MENGURUS MASA ANDA ! ;)



Kita sering merasa terburu-buru mengejar masa kerana perlukan masa yang banyak bagi melakukan aktiviti harian.Keadaan ini akan menyebabkan kerja yang kita lakukan menjadi tidak teratur dan kelam kabut.Berikut adalah 10 tip pengurusan masa berkesan.

1)  Tetapkan Matlamat dan strategi
Pastikan apakah matlamat kita dalam jangka masa panjang dan jangka masa pendek.Apabila matlamat ditetapkan,kita akan dapat mengenalpasti apa yang ingin dicapai dan mengapa perlu kita capai matlamat tersebut.Oleh hal yang demikian,keinginan untuk mencapai matlamat tersebut akan mendorong seseorang untuk berusaha sekaligus mengurus masa dengan jayanya.

2)  Fokus matlamat
Kita akan memberi lebih tumpuan dalam menyelesaikan sesuatu tugasan sekiranya kita dapat memberikan fokus kepada sesuatu kerja.Oleh hal yang demikian, tugasan dapat diselesaikan kerana seluruh perhatian dan fokus ditujukan pada matlamat yang kukuh.

3)  Buat Jadual masa
Bukankah mudahuntuk menyelesaikan sesuatu tugasan sekiranya kita merancang kerja yang perlu dilakukan.Tetapkan tempoh masa untuk menyelesaikan kerja kerana ini akan memberikan kelancaran sepanjang proses menyelasaikan tugasan seharian.

4)  Utamakan matlamat asal
Jangan lakukan sesuatu tugas lain sebelum menyelesaikan tugas yang kita sedang lakukan. Sentiasa periksa jadual sebelum memulakan tugas yang baru. Bilakah tugas yang sedang dilakukan itu boleh selesai? Ini akan memastikan tugas yang sedang dibuat akan mencapai matlamat yang ditetapkan.

5)   Mewujudkan sistem pemfailan
Apabila kita telah merancang sesuatu matlamat penting untuk kita mewujudkan sistem dalam pengurusan masa.Salah satu sistem yang boleh kita wujudkan ialah sistem pemfailan yang teratur.

6)  Realiti Pengurusan masa kita
Sentiasa refleksi diri segala perkara yang kita telah lakukan.Buat penilaian samada kita melakukannya dengan berkualiti atau sebaliknya.


7)  Pencapaian Lalu
Lihat kembali pencapaian kejayaan kita terhadap tugasan yang telah berjaya disiapkan pada masa lalu.Kenal pasti kelemahan-kelemahan yang terjadi sewaktu proses menyiapkan tugasan sebelum ini.Gunakan teknik ini dengan memperkembangkan lagi fokus dalam matlamat yang perlu kita capai.


8) Jangan Bertangguh
Cuba elakkan daripada mengatakan pada diri bahawa "esok masih ada" .Gunakan masa
yang ada dengan cermat dan cekap  agar sikap suka bertangguh dapat dielakkan.

DEMI MASA





      Hadis ini memperlihatkan kepada kita betapa Rasulullah SAW begitu bersungguh-sungguh tidak mahu umatnya kerugian kerana mengabaikan kelima-lima peluang yang patut mereka bersungguh-sungguh merebutnya sebelum datang lima perkara yang boleh menyebabkan mereka ditimpa penyesalan.

Mari kita hayati lirik sebuah lagu yang membicarakan tentang perkara ini dengan lebih lanjut :


TEKAN LINK DI BAWAH INI,KAWAN-KAWAN ~ ;)



                                           

Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Yang beriman dan beramal saleh
Ah...

Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Nasihat kepada kebenaran dan kesabaran
Ah...

( korus 1 )
Gunakan kesempatan yang masih diberi
Moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan
Kerna ia takkan kembali

( korus 2 )
Ingat lima perkara, sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua, kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati

Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Yang beriman dan beramal saleh
Ah...

( ulang korus1, korus2 )


KEPENTINGAN PENGURUSAN MASA YANG BERKESAN



PENGURUSAN MASA

Ada manusia yang berkata "tak cukup masa"
Ada manusia yang berkata "cukup masa "
Ada juga manusia yang berkata "terlebih masa"

      Setiap manusia di muka bumi ini dikurniakan  tempoh waktu yang sama dalam sehari iaitu 24 jam atau 1440 minit  atau 86400 saat .Namun begitu,mengapakah masih terdapat pelbagai jawapan yang diberikan sekiranya diajukan soalan "cukup kah 24 jam sehari?" Sebenarnya,segalanya bergantung kepada bagaimana seseorang itu menguruskan masa dalam kehidupan seharian.

Pengurusan masa yang berkesan  bermaksud bagaimana seseorang itu menguruskan masa dalam kehidupan seharian dengan cara terbaik agar dapat menjalani sebuah kehidupan yang teratur, sistematik dan lancar.Pengurusan masa merupakan satu kemahiran yang harus dikuasai oleh setiap individu sama ada sebagai seorang pelajar, seorang yang bekerjaya, seorang nelayan mahupun seorang suri rumah.


KEPENTINGAN PENGURUSAN MASA


Setiap manusia terutamanya umat Islam diwajibkan menguruskan masa dengan cara yang paling sempurna, optimum dan berkesan.Oleh itu,terdapat banyak ayat-ayat dalam Al-Quran yang menggesa dan menyarankan agar semua umat Islam berbuat sedemikian.Antaranya seperti firman Allah SWT berkaitan masa dalam surah ke 103 iaitu Surah Al-Ashr.
  • Masa dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya
    Jika seseorang itu bijak menguruskan masa, individu tersebut dapat megelakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak berfaedahContohnya,seorang pelajar yang         cemerlang pastinya mempunyai peribadi yang luhur dan menggunakan teknik yang betul dalam mengurus masa seharian iaitu dengan tidak terjerumus dalam melakukan perkara-perkara yang tidak bermanfaat seperti merokok, melepak, bergaduh dan menagih dadah.Aktiviti-aktiviti tersebut bukan sahaja membuang masa malah memudaratkan diri serta mencemarkan nama baik keluarga,diri,masyarakat,bangsa dan agama.


  • Disiplin diri yang mantap dapat dibentuk
         
    Seseorang itu dapat memupuk sifat menepati masa jika mereka mampu menguruskan masa dengan berkesan. Pembahagian masa yang tersusun juga mampu menjadikan seseorang itu patuh pada peraturan yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, seseorang pelajar perlu merancang masa dengan betul apabila mereka pulang dari sekolah seperti menetapkan masa belajar, menyiapkan kerja rumah dan mengulang kaji pelajaran di samping masa untuk beriadah, menonton televisyen dan mengaji Al-Quran. Jadual yang dirancang ini dapat menjadikan pelajar tersebut  berupaya menguruskan kehidupannya dengan teratur kerana  mereka dapat melaksanakan urusan kehidupan mereka secara teratur.Mereka perlu mematuhi jadual yang telah dirancang dan menepati masa yang telah ditetapkan. Jika hal ini berlaku, seseorang itu dapat memupuk disiplin diri yang kukuh kerana mereka telah menguruskan masa dengan berkesan.




  • Urusan dapat disiapkan dengan lancar
    Pengurusan masa yang berkesan mampu membuatkan kita menyusun aktiviti yang ingin dilakukan dengan cara terancang. Dalam hal ini, ketepatan masa dalam menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan mampu menghasilkan tugasan yang berkualiti. Seseorang yang bijak merancang masa dapat menyiapkan tugasan yang diberikan mengikut durasi masa yang telah ditetapkan jika mereka menguruskan masa dengan berkesan. Mereka tidak akan tergesa-gesa melakukan sesuatu pekerjaan jika pembahagian masa telah dibuat secara berjadual.


  • Dapat mengelakkan diri daripada tekanan

 Pada masa yang sama, seseorang itu tidak akan berada dalam keadaan tertekan kerana proses menyiapkan tugasan yang diberikan itu telah dilakukan secara tenang, bukannya disiapkan secara tergesa-gesa apabila tempoh tamat hampir tiba. Hasilnya, tugasan yang diberikan itu akan menjadi lebih berkualiti dan dapat diserahkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan.



                                    AYUH,URUSKAN MASAMU ! :)


Kesimpulannya, setiap masa yang dilalui hendaklah diatur dengan sebaik mungkin kerana masa yang terlepas tidak akan kembali semula.Berapa banyak masa yang telah kita bazirkan sebelum ini perlu dihitung semula kerana kita tidak berupaya untuk mengembalikan semula masa yang telah berlalu.Peribahasa ada mengatakan bahawa di mana ada kemahuan di situ ada jalan.Jadi, segala-galanya terpulang kepada diri kita sendiri untuk melakukan perubahan ke arah yang lebih baik.

#GADISBERSKAFPIC
#KEPENTINGANPENGURUSANMASA